Selasa, 26 Februari 2013

Kisah Wanita yang Sangat Taat Ibadah Tapi Tidak Menutup Aurat

Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah. Ia kadang menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab ”Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab". Sudah banyak orang menanyakan maupun menasehatinya. Tapi jawabannya tetap sama.

Hingga di suatu malam. Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan bisamerasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas dipinggir taman.Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tak sendiri.Ada beberapa wanita disitu yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamu’alaikum,saudariku….”
“Wa’alaikum salam. Selamat datang saudariku”
“Terima kasih. Apakah ini surga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga ”
“Benarkah? Tak bisa kubayangkan sepertiapa indahnya surga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini. ”
Wanita itu tersenyum lagi ”Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku ?”
“Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah. ”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di ujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.
“Ayo kita ikuti mereka” kata wanita itu setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” Katanya sambil mengikuti wanita itu
“Tentu saja surga saudariku” larinya semakin cepat
“Tunggu..tunggu aku..”
dia berlari namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum kepadanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak
“Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan ?”
“Sama dengan engkau saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu.
“Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan ?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Laluberkata
“Apakah kau tak memperhatikan dirimu, apa yang membedakan dengandiriku ?”
Ia sudah kehabisan napas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengijinkanmu masuk ke Surga-NYa tanpa jilbab menutup auratmu ?”
Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata
”Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki surga ini untuk dirimu. Cukuplah surga hanya sampai hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia tertegun... lalu terbangun... beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

sumber: http://mahalenapsikologi.blog.unissula.ac.id/2012/02/05/kisah-seorang-wanita-yang-sangat-taat-beribadah-tapi-belum-mau-menutup-aurat/

Menutup Aurat


Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang berarti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diartikan sebagai bagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dlindungin dari pandangan. Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang terntentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.


ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita yaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami karena wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, paha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

sumber: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

People Call It "SMPIT Thariq Bin Ziyad"


Setiap pagi langkah melaju
Semangat menggebu menuntut ilmu
Tak henti bertanya kepada guru
Merajut ceria masa depanku

Fisik kuat itu sudah pasti
Fikiran cemerlang wajah berseri
Akidah mantap tetap terpatri
Akhlak terpuji hiasan diri

Rajin belajar kesenanganku
Taat ibadah kegemaranku
Disiplin diri itu tekadku
Gapai prestasi cita-citaku

Thariq Bin Ziyad panglima tinggi
Thariq Bin Ziyad pejuang sejati
Thariq Bin Ziyad gagah berani
Thariq Bin Ziyad kekasih Ilahi

oh hello! Sorry i just sang a song of my school. And i think i'm going to tell you about my junior high school. which i spend my 3 years of studying there. people call it...
SMPIT THARIQ BIN ZIYAD


nah itu dia sosok SMP gue tercinta... yang sebentar lagi ga akan gue dudukin lagi, karna insyaAllah sekolah gue berhasil membuat gue sukses melanjutkan sekolah ke jenjang yang lebih tinggi. amin.
Yayasan Thariq Bin Ziyad senantiasa berkomitmen dalam pencapaian tujuan pendidikan sejalan dengan perkembangan keilmuwan sekarang ini.

SMP IT Thariq Bin Ziyad yang merupakan salah satu unit Yayasan Thariq Bin Ziyad sudah 8 tahun melayani jasa pendidikan dengan kesungguhan, sehingga kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat semakin bertambah.

Dengan kesungguhan dan komitmen yang senantiasa terjaga membuahkan prestasi – prestasi, diantaranya :

  • Terakreditasi “A” dengan nilai 95,50 (sangat baik)
  • Tingkat kelulusan 100%
  • Nilai rata – rata UJIAN NASIONAL 8,21
  • Menjalin kerjasama dengan Science Center Universitas Indonesia (UI) dalam membina siswa berprestasi untuk ikut Olimpiade Sains Nasional (OSN)
  • Menjuarai berbagai lomba – lomba.

Untuk melihat official site dari Thariq Bin Ziyad, bisa klik di sini dan untuk official sitenya SMPIT Thariq Bin Ziyad klik di sini. Atau untuk melihat video profil SMPIT Thariq Bin Ziyad, bisa klik di sini.


Untuk tahun ajaran kali ini (2012-2013), SMPIT Thariq Bin Ziyad terdiri dari 19 kelas yang masing-masing kelasnya terdiri dari 22-34 siswa. 19 kelas itu terbagi menjadi:
- 7 kelas untuk siswa/i kelas 7 (3 kelas Wawasan Internasional dan 4 kelas reguler)
- 6 kelas untuk siswa/i kelas 8 (3 kelas Wawasan Internasional dan 3 kelas reguler)
- 6 kelas untuk siswa/i kelas 9 (3 kelas Wawasan Internasional dan 3 kelas reguler)

SMPIT Thariq Bin Ziyad memiliki 14 mata pelajaran, yaitu Matematika, Bahasa Inggris, Bahasa Indonesia, Ilmu Pengetahuan Alam/ IPA (Fisika & Biology), Al-Quran, Pendidikan Agama Islam (PAI), Seni Budaya dan Kesenian (SBK), Bimbingan Konselling (BK), Olahraga, Bahasa Sunda, Ilmu Pengetahuan Sosial (IPS), Pendidikan Kewarganegaraan (PKn), Bahasa Arab, serta Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK).

Banyak kegiatan mendidik yang diadakan SMPIT Thariq Bin Ziyad, diantaranya:
1. MABIT (Malam Bina Iman dan Takwa)
MABIT adalah salah satu sarana tarbiyah (wasa’ilut tarbiyah). Secara bahasa, mabit berarti bermalam. Istilah yang sangat masyhur kita dapati pada salah satu rangkaian ibadah haji yaitu mabit di Mina.
Dalam terminologi dakwah dan tarbiyah, mabit adalah adalah salah satu sarana tarbiyah untuk membina ruhiyah, melembutkan hati, membersihkan jiwa, dan membiasakan fisik untuk beribadah (khususnya shalat tahajjud, dzikir, tadabbur dan tafakkur). Untuk memudahkan memahami definisi ini, biasanya mabit dijadikan akronim dari MAlam Bina Iman dan Taqwa.
Karena MABIT merupakan sarana tarbiyah maka MABIT menjadi agenda rutin yang dilaksanakan 2 bulan sekali  di SMPIT Thariq Bin Ziyad dengan segala definisi, adab dan tujuannya.

2. JALASAHRUHI
Kegiatan ini sama seperti MABIT. Letak perbedaannya adalah, mabit merupakan kegiatan untuk ikhwan dan jalasahruhi untuk akhwat. Selain itu, jalasahruhi juga tidak bermalam di sekolah, berbeda dengan MABIT. Acara ini dilaksanakan 2 bulan sekali pada hari Kamis. Kegiatannya adalah, selepas shalat ashar bersama kami tidak pulang. Melainkan tetap duduk di sana dan mendengarkan siraman rohani dari guru kami, sambil menunggu terdengarnya adzhan maghrib untuk berbuka bersama. Karena, SMPIT Thariq Bin Ziyad menerapkan aturan puasa sunnah setiap Kamis.

3. GO TO ISLAMIC BOOK FAIR
Setiap tahunnya, SMPIT Thariq Bin Ziyad melakukan kunjungan ke Islamic Book Fair. Mengapa? Karena banyak sekali manfaat yang bisa didapat dengan mengunjunginya. Salah satunya, dengan membaca kita bisa memperluas wawasan. Tentunya masih banyak alasan serta manfaat lain yang bisa kami dapatkan dengan mengunjungi Islamic Book Fair.




4. CLASS MEETING
Ini dia acara yang ditunggu siswa-siswi SMPIT Thariq Bin Ziyad. Acara Class Meeting, di mana tiap kelas berlomba-lomba dalam berbagai hal, seperti olahraga bulu tangkis, basket, futsal (ikhwan), bola tangan (akhwat), menghias kelas, catur, membuat cerpen, scrabble, dan lomba-lomba lainnya.
lomba futsal
lomba basket










5. TARHIB RAMADHAN
Kegiatan ini dilaksanakan menjelang Ramadhan. Siswa-siswi diberikan bingkisan untuk dibagikan kepada orang-orang pinggiran di sekitar SMPIT Thariq Bin Ziyad untuk menyambut datangnya Ramadhan.


6. FESTIVAL BAHASA
Ini kegiatan baru di SMPIT Thariq Bin Ziyad. Mengapa disebut Festival Bahasa? Karena di sini berbagai berbagai bahasa dilombakan. Seperti membaca puisi untuk Bahasa Indonesia, membaca pidato bahasa Arab untuk Bahasa Arab, membaca cerita dengan bahasa Inggris untuk Bahasa Inggris, dan membaca cerpen bahasa sunda untuk Bahasa Sunda.

7. LDKS (Latihan Dasar Kepemimpinan Siswa)
Kegiatan ini dilaksanakan oleh siswa/i kelas 7. Tujuannya untuk mengembangkan sifat kepemimpinan siswa. Dilaksanakan di daerah gunung, kami melakukan camping disana selama 3 hari 2 malam.

8. TSO (Thariq Student Outbond)
Nah kalau yang ini tidak berbeda jauh dengan LDKS. Acara TSO ini dilaksanakan oleh siswa/i kelas 8. Biasanya sih, bermain air.

9. ENGLISH OUTING PROGRAM (EOP)
Kegiatan ini sih, khusus untuk anak kelas Wawasan Internasional. Tapi kalo kuotanya masih cukup, bisa ikutan juga kok! Jadi kita menginap di Kampung Inggris, Pare, Kediri selama sekitar 1 minggu untuk diajarkan berbahasa inggris dan membiasakannya. Kalo ketauan pake bahasa Indonesia, kena denda! EOP pertama kali diakhiri dengan kunjungan ke Bali untuk mempraktekkan apa yang telah diajari dengan berbicara dengan bule. Di Bali juga menginap. Namun 2 angkatan setelahnya, diajak bermain ke JaTim Park! pokoknya, asik dehh


10. ENGLISH HOLIDAY PROGRAM (EHP)
ini sebangsa sama EOP, tapi kalo EHP itu kita ke luar negeri, yaitu Singapore. Programnya seperti pertukaran pelajar. Jadi kita ikut belajar di salah satu sekolah islam di Singapur yaitu Al-Junied.


dan masih baaanyak lagi kegiatan yang ada di Thariq yang tentunya asik dan mendidik! thats why i love Thariq. Sekian dulu yaa jangan lupa daftar ke thariq wk bye!;D